DINASTI AL-KAMIL [Kesultanan Perlak]: Bahagian 1
Sekitar pertengahan abad ke-8, iaitu pada tahun 753M/135H, pelayaran Abdullah al-Bahir al-Farisi [ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala + Puteri Syahri Banu@Syah Zanan] berlabuh di pinggir pantai Utara Sumatera [kini: Bandar Aceh]. ketibaan Abdullah al-Bahir al-Farisi memimpin cabang keluarga besar al-Husseini ke wilayah tersebut adalah untuk melepaskan diri daripada keKhalifahan Abu Abbas as-Saffah, pendiri Dinasti Abbasiyah [750M-754M/132H-136H] di Kota Baghdad Iraq.
Menurut sumber sejarah tempatan di Utara Sumatera, sudah pun wujud beberapa buah perkampungan Islam di dalam wilayah tersebut pada ketika itu, seperti Perkampungan Arab-Islam Ta Syih yang telah ada sejak pertengahan abad ke-7 [650M/29H] lagi. Abdullah al-Bahir al-Farisi dikatakan telah memilih salah satu kawasan yang agak terpencil di situ lalu membina kerajaan kecil di lokaliti terbabit. hal ini sudah tentu dituruti oleh kalangan ahli bait yang lain. Hikayat Raja-raja Jeumpa ada menyebut bahawaAbdullah al-Bahir al-Farisikemudiannyamenikahi Dewi Ratna Keumala@Puteri Mayang Seuludung, dara pinggitan kepada seorang penguasa yang bergelar meurah di kawasan berhampiran. pernikahan mereka berdua, melahirkan empat putera iaitu Syahri Poli, Syahri Tanti, Syahri Dito dan Meurah Syahri Nuwi. mereka berempat lah yang menyambung legasi kedua-dua ibubapa mereka dalam membangunkan keSultanan Jeumpa dalam kawasan yang agak terpencil itu pada kemudian waktu.
Pada tahun 813M/197H awal abad ke-9, empat bersaudara ini dikunjungi oleh ayahanda saudara mereka iaitu Muhammad Al-Baqir[ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala]. beliau adalah bapa kepada Imam Ja’afar as-Syadiq, sepupu kepada empat bersaudara itu, yang telah dibunuh-racun oleh Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur [754M-775M/136H-158H], pemerintah kedua Dinasti Abbasiyah. angkatan dakwah 100 anggota ini dipimpin oleh Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil [ibni Musa al-Jaun ibniAbdullah al-Kamil ibni Hassan al-Muthanna as-Sibthi ibni Sayidina Hassan Khalifah Ummat] bersama putera Imam Ja’afar as-Syadiqiaitu Muhammad ad-Dhibaja al-Akhbar.
Beberapa tahun sesudah itu, Meurah Syahri Nuwi telah menikahkan dara pinggitannya,Puteri Makhdum Tansyuri@Puteri Meurah Makhdum Khudawil dengan Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani Al-Kamil pada tahun 820M/205H lalu melahirkan Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang kemudiannya, telah mendirikan keSultanan Perlak di atas tapak keSultanan Jeumpa pada tahun 840M-864M/225H-250H. baginda sultan juga, telah menamakan ibukota keSultanan Perlak sebagai Bandar Khalifah [kini: Lhokseumawe], sempena gelarnama ayahandanya yang dikasihi,Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil. disini lah bermulanya DINASTI AL-KAMIL di dalam Rantau Alam Melayu Nusantara.
No comments:
Post a Comment