Kitab-Kitab Suci Hindu Menerima Kedatangan Nabi Muhammad saw.
Siti Nurhayati berbagi sebuah foto ke dalam grupNUSANTARA HISTORICAL DISCOVERY
Info Kajian: Kitab-Kitab Suci Hindu Menerima Kedatangan Nabi Muhammad saw.
Info Kajian: Kitab-Kitab Suci Hindu Menerima Kedatangan Nabi Muhammad saw.
Pundit Veda Prakash Upaddhay adalah seorang profesor di India, dalam buku beliau yang menakjubkan ini telah menyatakan bahawa ciri-ciri ‘Kalki Avatar’ (Sang Penunggang Ruhani, Penyelamat Akhir Zaman) yang dijumpai dalam kitab agama Hindu mempunyai persamaan dengan ciri-ciri Nabi Muhammad saw.
Baru-baru ini di India, buku ini telah diterbitkan. Buku tersebut telah menjadi topik yang hangat untuk diperbincangkan di seluruh India. Penulis buku ini, Profesor Veda Prakash adalah seorang yang terpelajar, terkenal dan seorang Profesor yang beragama Hindu di India yang berasal dari suku Brahmin. Buku tersebut bertajuk ‘Kalki Avatar’. Beliau seorang pengkaji di Universiti Allahabad. Setelah mengkaji bertahun lamanya, akhirnya beliau menerbitkan buku ini.
Menurut kepercayaan Hindu, mereka sedang menunggu ‘Penyelamat dan Pemimpin’ yang bernama ‘Kalki Avatar’. Walaubagaimanapun, ciri-ciri yang diberi seperti yang dinukilkan dari kitab suci Hindu itu hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad saw yang berasal dari Hijaz. Oleh demikian itu, penganut Hindu tidak sepatutnya menunggu ketibaan ‘Kalki Avatar’ dan seharusnya menerima Nabi Muhammad saw sebagai ‘Avatar’ yang telah lahir dan meninggal (wafat) hampir 14 abad yang lepas. Penulis telah membawa bukti dan turut mengambil sumber dari kitab Hindu yang lain bagi menyokong teorinya:
[1] Didalam kitab Purana, yelah dinyatakan bahawa ‘Kalki Avatar’ adalah seorang Utusan Tuhan yang terakhir di atas muka bumi ini. Beliau menjadi ‘Penyelamat dan Pemimpin’ bagi seluruh umat manusia di dunia.
[2] Menurut kepercayaan Ramalan Agama Hindu, kelahiran ‘Avatar’ ini akan terjadi di sebuah pulau, menurut ajaran Hindu tempat tersebut berada di Arab Saudi.
[3] Dalam kitab Hindu, nama ayah kepada ‘Avatar’ tersebut ialah VishnuBhagat dan nama ibunya pula adalah Samaani. Jika kita memeriksa nama kedua tersebut, kita akan mendapati fakta yang menarik disini. Vishnu membawa maksud Tuhan, manakala Bhagat membawa maksud Hamba iaitu Hamba Tuhan, maksud yang sama kepada kalimah Abdullah (dalam bhs arab). Samaani pula membawa maksud Keamanan atau Ketenangan, yang membawa erti yang sama kepada nama Aminah. Abdullah dan Aminah adalah nama ibu dan ayah Rasulullah saw.
[4] Dinyatakan dalam kitab Hindu, disebutkan bahawa makanan rutin ‘Kalki Avatar’ adalah Kurma dan Zaitun serta beliau menjadi manusia yang paling jujur dan dipercayai di rantau tersebut, persis perwatakan ini menepati dengan ciri-ciri Nabi Muhammad saw.
[5] Dalam kitab Vedas, ‘Kalki Avatar’ akan dilahirkan dalam kelompok bangsawan sama seperti Quraisyh @ lebih tepat Bani Hasyim dimana Nabi saw telah dilahirkan.
[6] Tuhan akan mengajar ‘Kalki Avatar’ melalui perutusan-Nya (Malaikat) di dalam gua. Allah swt menghantar Malaikat Jibril as untuk mengajar Nabi Muhammad di Gua Hira’.
[7] Kitab Hindu menukilkan, Tuhan memberi kuda yang mempunyai kelajuan sepantas kilat kepada ‘Kalki Avatar’ untuk beliau menunggang ke seluruh dunia dan 7 petala langit. Peristiwa ini sama dengan kisah Nabi saw menaiki seekor kuda (Buraq) dalam peristiwa Mi’raj dan melewati ke langit ke – 7 sampai ke Sidratul Muntaha.
[7] Tuhan akan membantu ‘Avatar’ melalui pertolongan dari langit, persis dalam sejarah peperangan Uhud dan dalam peperangan yang lain.
[8] ‘Kalki Avatar’ adalah seorang penunggang kuda yang terbaik sambil memegang pedang, gambaran ini jelas ditujukan kepada Nabi Muhammad saw seperti yang dinukilkan didalam Sirah dan kitab suci Al Quran al Karim.
Ada beberapa lagi fakta-fakta yang beliau bawakan cuma ana tiada masa untuk menterjemahkan atas faktor-faktor tertentu. Semoga prof Veda Prakash ini menerima hidayah Allah swt untuk menerima Islam pada masa akan datang dan dapat berkhidmat semampu yang mungkin di jalan Allah swt.
Tapi mengikut kajian ana berdasarkan pendapat @ teori beberapa orang tokoh ulama Islam, yang dimaksudkan ‘Kalki Avatar’ (The Tenth Avatar, Sang Penunggang yang akan muncul pada akhir zaman sambil menunggang kuda dan memegang pedang berapi ketika bumi ini dipenuhi kezalimanan dan ketidakadilan) ini merujuk kepada cucunda Nabi Muhammad saw iaitu Imam Muhammad al Mahdi afs (Utusan Allah yang terakhir, Imam ke – 12).
Dan ia ditambah dengan kajian ke atas kitab Taurat, Injil dan dalil Hadis (Nabi saw & Ahlul Bait) yang mutawatir serta kajian berdasarkan dari kitab teragung, Al Quran al Karim yang menyatakan bahawa Imam Muhammad al Mahdi al Muntazar as yang akan menyelamatkan umat manusia pada akhir zaman, beliau akan menegakkan keadilan ilahi yakni membangunkan kerajaan Allah swt di atas muka bumi ini.
Wallhu’alim.
Salam Jumaah Mubarakah.
يا صاحب الزمان.
.اللهم صلى على محمد وآل محمد وعجل فرجهم.
No comments:
Post a Comment